Wednesday, March 2, 2011

Herba

Gelang Pasir
(Portulaca oleraceae L.)
PORTULACACEAE
  • Juga dikenali sebagai hemilang, rumput beremi, segan jantan, Common Purslane, Verdolaga, Pigweed, Little Hogweed and Pusley.
  • Mempunyai sifat antivirus, antibakteria, antikulat, mengurangkan aktiviti sistem saraf, dan mengurangkan gula dalam darah.
  • Tumbuhan ini tumbuh merayap atau menjalar, menyimpan banyak air dan mempunyai banyak cabang.
  • Daunnya ringkas dan kecil dengan bunga berwarna kuning bagi jenis liar.
  • Gelang pasir jenis hiasan mempunyai banyak warna.
  • Dipercayai antara jenis sayuran awal yang digunakan oleh manusia sebagai sumber makanan.
  • Seluruh bahagian pokok digoreng atau dibuat sup seperti sayur lain.
  • Pucuk dan daun muda boleh dimakan mentah.
  • Telah direkodkan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) dalam senarai tumbuhan ubatan herba paling kerap digunakan.
  • Haiwan ternakan yang makan terlalu banyak gelang pasir boleh mati disebabkan keracunan nitrat.
Khasiat Perubatan:
  • Seluruh bahagian tumbuhan ini dimakan sebagai sayur mentah atau direbus dan diminum airnya untuk melawaskan buang air kecil, air besar, merawat reumatisme, ginekologi (sakit puan),
  • Ia turut digunakan bagi mengurangkan rasa sakit, tonik jantung, tonik umum, penenang, ubat demam panas, penawar racun, masalah saluran kencing, cirit-birit, penyakit akibat kecacingan, dan menghentikan pendarahan.
  • Gelang pasir ditumbuk lumat dan ditamapal pada pelbagai penyakit kulit seperti ulser, ekzema, tumor, bengkak, luka teruk, kelecuran, buasir,bisul, gigitan serangga, sengatan kala atau lipan, patukan ular dan sebagainya.
  • Cecairnya pula digunakan sebagai losyen mata.


Geroda / Inggu
Ruta angustifolia (L.) Pers.
RUTACEAE
  • Juga dikenali dengan nama minggu, godong minggu, haruda, daun garuda, aruda, anruda busu.
  • Tumbuhan semak yang boleh tumbuh setinggi 1 1/2 m.
  • Batang berkayu dengan daun majmuk.
  • Dibiakkan dengan menggunakan keratan batang.
  • Biasa digunakan oleh masyarakat dahulu dengan meletakkan daunnya di bawah bantal bagi bayi yang mengalami sawan tangis.
  • Daunnya yang mengeluarkan bau busuk dipercayai dapat menghalau syaitan.
  • Melalui kajian, herba ini bersifat anti-kejang, analgesik, anti-radang, anti-toksik, karminatif, anti-piretik, dan beracun.
  • Dos yang berlebihan akan menimbulkan simptom keracunan.
  • Penggunaan untuk dimakan adalah dilarang bagi wanita hamil.
  • Digunakan untuk merawat malaria, masalah hati, kekejangan, kudis, sakit gigi, demam dan masuk angin.
  • Minyak pati herba ini digunakan dalam pembuatan minyak wangi dan kosmetik.