Wednesday, October 13, 2010

Ulam-ulaman (Part 1)


Ulam Raja
(Cosmos caudatus)
ASTERACEAE
    Juga dikenali sebagai ‘pelampung’, ‘King Salad’ dan ‘intan berayun’.Membiak dengan menggunakan biji benih.Daunnya mempunyai bau yang agak kuat apabila diramas.Pucuk diambil sebagai ulam mentah dalam pemakanan harian.Mengandungi Vitamin A dan mineral kalsium yang penting untuk kesihatan tulang.Direbus dan diminum sebagai ubat herba untuk mencuci darah, tonik otot, dan menguatkan tulang.Kelebihan ulam raja ini adalah memperbaiki peredaran darah, mencuci darah, dan menguatkan tulang. Ia juga mampu memberi kesegaran pada badan dan menegangkan kulit serta awet muda. Selain itu, ulam raja dapat merencatkan bakteria dan fungus dalam badan. Jadi, selalu-selalulah makan ulam raja.


Petai
(Parkia Speciosa)
  Dalam bahasa inggerisnya dipanggil "Long-Long Green-Green". Khasiatnya mengawal penyakit kencing manis,tekanan darah tinggi dan ia sesuai dimakan mentah atau dimasak bersama sambal tumis. Petai tinggi dengan kadar Vitamin B yang membantu menenangkan sistem saraf.Ia juga baik untuk orang yang Sembelit:(Kandungan serat yang tinggi,termasuk petai dalam makanan dapat membantu proses tindakan pencernaan,membantu mengatasi permasalahan ini tanpa perlu mengambil laksative).Ulcers:(Petai digunakan sebagai makanan untuk merawat pencernaan kerana tekstur yang lembut dan halus. Ini adalah satu-satunya buah mentah yang boleh dimakan tanpa menyebabkan tekanan pada perut dan juga mampu meneutralkan asam dan mengurangi iritasi dengan melapisi permukaan dalam.)


 

 Jering
(Archidendron Jiringa)
  Jering sememangnya tumbuhan asli di negara ini. Daripada kajian yang dijalankan didapati jering mengandungi sebanyak 3.5% protein, 0.1% lemak, 1.7% karbohidrat, kalsium, fosforus, besi, dan vitamin A, B, dan C.Ia mampu mengubati penyakit kencing manis. Biji jering enak dimakan sebagai ulam dengan pelbagai sos pencicah tempatan. Biji jering ini mengandungi sejenis sebatian alkoloid yang boleh memberi rangsangan membuang air besar. Tetapi biji jering juga mengandungi bahan toksid yang dikenali sebagai asid jengkolik. Sekiranya kita memakan terlalu banyak kita akan mengalami ‘sembelit jering’. Ini berlaku kerana asid jengkolik yang banyak terkumpul dalam badan akan membentuk hablur dalam buah pinggang dan akhirnya akan menyumbat pundi kencing. Namun bagi pesakit kencing manis, jering boleh menjadi penawar yang berkesan. Ini kerana kandungan sebatian alkoloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.